Selasa, Oktober 26, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ini sifat sebenar Presiden Parti Islam Se-Malaysia. Apabila ada orang luar datang melawat khemah mereka, bukan hendak disambut dengan baik. Sebaliknya dihidangkan dengan sindiran.

Haji Hadi Awang yang sebelum ini menerima kunjungan dari Ketua Wanita UMNO YAB Datuk Shahrizat Abdul Jalil di khemah pembangkang yang disediakan oleh pihak SPR. Beliau turut menyatakan tidak membalas kunjungan tersebut dan menziarahi khemah UMNO/BN kerana Presiden (YAB Datuk Seri Najib) tidak ada disana.

Jelas sifat egois dan bangga diri memang wujud dalam diri seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam ini. Beliau tidak boleh mencontohi kerendahan diri yang dipamerkan oleh Ketua Wanita UMNO itu sebaliknya menyindir beliau.

Bukan beliau tidak boleh menjenguk ke khemah UMNO/BN tetapi sebab sifat angkuh dan tidak wujudnya sifat merendahkan diri, beliau mencipta alasan sedemikian. Mungkin beliau terasa jatuh maruah sekiranya beliau melakukan perkara sedemikian. Mungkin juga beliau takut ada orang yang akan membuat spekulasi bahawa beliau meniru tindakan Ketua Wanita UMNO itu nanti. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Sebenarnya pemimpin PAS bimbang jika dia melakukan sedemikian, sahabat DAPnya akan terasa hati.... nak jaga hati si kafir didahulukan...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping