Jumaat, Oktober 15, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut mungkin terlepas mendengar pembentangan Budget 2010 di kaca Televisyen petang tadi. Namun, kesempatan menjenguk ke laman sosial Facebook membawa Semut membaca beberapa komen yang diberikan oleh Akar Umbi.
Yang paling hangat diperkatakan pada ketika ini adalah mengenai dua perkara utama. Pertama mengenai Tol yang dikatakan tidak akan naik untuk selama tempoh 5 tahun. Malah ada juga diantara blogger yang turut skeptikal dengan perkara ini. Mampukah pihak Kerajaan Pusat melakukannya nanti? Apa - apa pun Semut menaruh kenyakinan penuh agar perkara itu dapat direalisasikan. Kurang sikit orang bising mengenai tol mahal dan sebagainya.
Pelik juga. Kereta mahal mampu beli. Handphone tak kalah dengan yang 'up to date' dan yang paling canggih. Tapi bila tiba bab tol dan minyak, mengeluh pula? Dah diumumkan tak naik pun tak puas hati lagi?
Perkara kedua ialah mengenai sumbangan bantuan kepada kakitangan Kerajaan/Awan dan Pesara. Sama jumlahnya seperti yang diberikan semasa menyambut Hari Raya yang lalu iaitu sebanyak RM500.00 bagi setiap orang. Bagi pihak pesara, Semut ucapkan terima kasih kerana ibu bapa Semut merupakan golongan Pesara Kerajaan. Sekurang - kurangnya wang tersebut boleh juga menambah duit mereka dalam tabung haji.
Tetapi lain pula bagi sesetengah pihak yang memang lahir suka membuat spekulasi yang bukan - bukan. Terutamanya si Mahfuz Omar, Ahli Parlimen yang kawasannya dilanda Ribut pun, dia boleh buat tak tau sahaja. Beliau menyatakan bahawa tindakan Kerajaan memberikan bantuan tersebut adalah kerana tidak mahu membuat akta gaji minimun pekerja asing. Malah Kerajaan bertindak mengubah akta pekerja sedia ada dan mengambil pekerja asing dengan gaji minima. Pekerja asing boleh dikira pekerja Kerajaan atau Penjawat Awam ke Mahfuz?
Beliau turut mengatakan tindakan Kerajaan buat semua itu untuk menarik minat Pelabur Asing (FDI). Apa kena mengenanya FDI dengan Bonus RM500.00 ni Mahfuz oi? Apa benda yang dia mengarut ni?
Macam ada sesuatu yang tidak kena sahaja dengan kenyataan Mahfuz ini. Pertama, Semut melihat beliau sengaja mengalihkan tindakan tersebut untuk menaikkan lagi kemarahan jiran Negara Indonesia. Kononnya beliau mahu menyatakan Kerajaan buat endah tak endah sahaja mengenai tuntutan gaji minimun pekerja asing ini.
Kedua, Mahfuz seperti sengaja mahu mengajar rakyat Malaysia dan Umat Islam khususnya untuk tidak rasa bersyukur dengan apa yang telah ditentukan Allah S.W.T. Sesungguhnya, manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Tidakkah si Mahfuz ini sedar apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia itu hanyalah satu perancangan dan hanya dapat dilaksanakan dengan ketentuan Allah S.W.T?
Bawa - bawa lah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Negara aman dan makmur hidup rakyatnya terjamin. Malah mampu memberi perlindungan untuk orang asing sekali. Buat apa nak dikucar - kacirkan dengan spekulasi yang ternyata menguntungkan sebelah pihak sahaja. Yang merananya nanti rakyat juga. Mereka peduli apa, yang penting dapat kuasa. Yang lain boleh tolak ke tepi. Bagi la berapa banyak sekali pun, puak - puak Penipu Rakyat ini tetap rasa ianya tidak mencukupi. Tak bagi lansung nanti, baru padan muka agaknya.Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Dah kerja dia Pembangkang... Kalau setuju nanti, jatuhlah pula title Mr Bean tu... Itulah kerja Pembangkang, yang elok pun kena bangkang, walaupun dia tak tahu apa yang dibangkang kan. Sebagai contoh, bila dia tengok simamat tengah kangkang nak berak, so memandangkan si mamat tu berpihak pada kerajaan, jadi melompat riuh macam kera nak show yang dia bangkang supaya jangan berak... apa yang dia tak tahu yang orang tu tak tahan kena berak juga.

    Heee... ada paham...

    BalasPadam
  2. KAPAK mmg dr dulu hangat hati tgok die nih. Klu cakap asyik die jer betul, mcm terlampau pandai, mungkin2 pandainya die nih dah ada PHD kut. atau pun mmg kuat Pingat Hasad Dengki. Kalau itu lar jwpnya nauzubillah penghuni .......

    Jd, Mahfuz bertaubatlah jgn nak meninggi diri dan asyik memfitnah itu dan ini. Perkara betul tetap betul dan sebaliknya. Nak tanya apa sumbangan Hang selama nih? Tgok lar tempat sendiri kena ribut dan turun tgok dan bantu ker?

    Ingat itu, amaran Allah krn sifat buruk dan hasad dengkimu terhadap rakan2 seIslam mu. Ingat rakan2 kafir yg hang dok belai2 tu boleh bacakan Talqin nanti kut? Sedor lar wahai Mampuzf

    BalasPadam
  3. Mereka yang tak tahu bersyukur memang begitu..

    BalasPadam
  4. Kalau nak jadi pembangkang pun biarlah yang berasas. Ni Main tabur aja. Macam orang tak ada pelajaran.

    Kalau betul senyap. Kalau tak kena bangkang. ni tak betul pun bangkang tak betul tu mmg lah sedia maklum.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping