Ahad, November 21, 2010

...Sama Ke???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mana mungkin mereka ada persamaan. Sama ada secara lahiriah atau pun dari sudut pendirian politik mereka berbeza. Dari segi jantina sahaja sudah berbeza. Anwar lelaki, manakala Suu Kyi pula seorang perempuan.

Malah kes yang mereka hadapi sahaja sudah berlainan diantara satu dengan yang lain. Mari kita lihat beberapa perbezaan yang ketara diantara mereka berdua:

1. Suu Kyi pernah dijadikan tahanan politik dan dikenakan perintah berkurung oleh Kerajaan Negaranya. Malah untuk berbicara dengan ahli partinya sendiri pun adalah sesuatu yang amat sukar. Anwar pula diberi kebebasan sepenuhnya untuk bertemu, duduk berbincang dan mengadakan sidang media pada bila - bila masa yang beliau kehendaki.

2. Suu Kyi walaupun dalam tahanan tidak pernah memburuk - burukkan negaranya. Beliau hanya berpegang kepada prinsip perjuangan beliau sahaja. Sebaliknya, Anwar sengaja menjaja keburukan dan mencipta pembohongan terhadap negaranya sendiri.

3. Suu Kyi tidak pernah menjanjikan apa - apa kepada masyarakat dunia. Tetapi beliau tetap percaya bahawa perjuangannya akan menjadi realiti suatu hari nanti. Anwar dengan jelas telah menipu masyarakat dunia dengan janji 16 Sepetembernya dan sering bermimpi disiang hari.

4. Suu Kyi tidak pernah menjawat sebarang jawatan dalam Kerajaan Negaranya. Tetapi Anwar pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

5. Oleh sebab Suu Kyi tidak pernah duduk dalam kerajaan, perjuangannya dianggap relevan kerana perlaksanaan demokrasi tidak dilaksanakan. Tetapi Anwar, sewaktu menjawat jawatan dalam kerajaan, bukan main sokong kerajaan yang demokrasi. Apabila beliau tersingkir dari jawatan tersebut, beliau mula menuduh kerajaan tidak demokrasi.

6. Suu Kyi pernah menderita dalam perjuangan beliau mendemokrasikan negaranya. Tetapi Anwar pula diberi peluang untuk membela diri, melantik barisan peguam dalam menghadapi perbicaraan yang dihadapinya.

7. Suu Kyi tidak terlibat dalam sebarang kes dimahkamah sebaliknya Anwar terlalu banyak melibatkan diri dalam pelbagai tuduhan dan kesnya didengar dimahkamah.

8. Suu Kyi dengan tangan dan minda yang terbuka bersedia pada bila - bila masa untuk duduk berunding dengan Kerajaan Negaranya bagi membincangkan masa depan Negara. Tidak seperti Anwar yang sering kali menolak untuk berunding dan berbincang mengenai sebarang masalah yang dihadapi Negara.

9. Suu Kyi benar - benar berjuang demi kesejahteraan rakyatnya dan sanggup menerima apa sahaja hukuman bagi merealisasikan perjuangan beliau. Manakala ideologi Anwar hanya berpaksikan kepentingan diri beliau semata - mata dan bukan untuk rakyat secara keseluruhannya.

Jadi bagaimana mungkin Anwar boleh mendakwa apa yang dihadapi oleh Pejuang Demokrasi Myanmar itu sama dengan apa yang sedang beliau hadapi? Adakah beliau masih lagi menagih simpati masyarakat dunia yang sudah semakin sedar akan pembohongan yang kerap kali beliau lakukan itu?

Mungkin persamaan diantara Anwar dan Suu Kyi hanya dapat dilihat dari sudut seksual sahaja. Kedua - duanya mempunyai persamaan dimana mereka minat kepada lelaki. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

2 ulasan:

  1. poooooooorahhhhhhhh aljuburi nie .... tergolek-golek aku gelak broooo ... gilo ka apa ....

    BalasPadam
  2. Hati nya telah mendahului yang akan berlaku. Memanglah dia kena kurung tak lama lagi. Dia tahu itu, sebab dia yang lakukan. Memang dia akan cakap pekara yg dia memang tahu akan berlaku, sebab itu pengikut nya berasa dia ni ajaib. Bukan ajaib tapi memang itulah pekara yang akan berlaku,,,,,,,,,,,

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping