Isnin, November 22, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Selepas menghadiri Program Siri Jelajah "Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan: Suatu Pengkisahan" menyedarkan Semut mengenai beberapa perkara.

Seperti apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, tahap maklumat dalam buku sejarah tidak mungkin sama dengan apa yang dinyatakan secara lisan.

Beliau berkata demikian sewaktu Merasmikan Majlis Penutup program tersebut di Auditorium Darul Makmur (ADAM) Kuantan hari ini.

Kehadiran ahli panel yang telah meluangkan masa menceritakan kisah peribadi mereka bersama Negarawan Ulung itu mempunyai segala kelayakan untuk melakukannya.

Pelbagai faedah dapat diperolehi dalam usaha mengingati jasa bakti Tun Abdul Razak seperti yang telah dilakukan hari ini.

Tun Abdul Razak juga turut membangunkan siasah keperibadian kaum, menyusun semula ekonomi masyarakat dan membangunkan Negara dalam sektor ekonomi terutama melalui Dasar Ekonomi Baru dan kejayaan mewujudkan FELDA.

Bagi Semut, tanpa beliau, Felda tidak mungkin akan dilaksanakan. Bayangkan seandainya Felda tidak diwujudkan lansung.

Dimana Melayu hari ini? Adakah Mazlan Aliman akan dapat lahir ke dunia ini dengan kejayaan yang ditempa serta manfaat yang diperolehi seperti hari ini? Mampukah beliau berdiri dan mempertikaikan jasa besar Negarawan Ulung itu seperti hari ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping