Selasa, November 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Terkejut juga Semut bila baca petikan dalam Twitter Dr. Lo'Lo' Ahli Parlimen Titiwangsa hari ni. Mungkin apa yang beliau buat sebenarnya ibarat pukul anak, sindir menantu.

Beliau sebelum ini mempertikaikan pelan pembangunan Kampung Baru yang dijadualkan bakal menjadi Pusat Komersil seperti yang termaktub dalam Pindaan Draf KL2020.

Beliau mendakwa ketiadaan Pembangunan Penempatan atau Residential yang hendak dilakukan dikawasan tersebut bakal mengakibatkan Melayu Kampung baru kehilangan tempat tinggal.

Persoalan beliau, adakah ini Ketuanan Melayu yang diperjuangkan UMNO/BN? Malah beliau turut beranggapan bahawa habis semua penduduk di Kampung Baru perlu pindah.

Dalam tweet berikutnya, beliau turut beranggapan bahawa Melayu Kampung Baru bakal menerima nasib yang sama seperti Melayu di Pulau Pinang.

Soalan Semut, siapa yang ambil tanah Melayu di Pulau Pinang? Sedangkan Kampung Baru memerlukan hampir 10 tahun untuk dijadikan kawasan Komersil sepenuhnya. Masih ada waktu lagi untuk membina penempatan baru buat mereka.

Tetapi senario di Pulau Pinang pula jauh berbeza. Mereka hanya diberi notis kurang dari tiga bulan. Adakah Kerajaan Pulau Pinang turut menyediakan Pembangunan Penempatan kepada mereka?

Jadi, sewajarnya Ahli Parlimen Titiwangsa itu memberi nasihat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang agar diwujudkan kawasan Penempatan untuk Melayu Pulau Pinang sebelum beliau mempertikaikan mengenai Kampung Baru yang masih jauh lagi perancangannya.

Jangan hanya nampak nyamuk diseberang laut, gajah didepan mata buat tak tahu sahaja. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. lo'lo pun sama cam yg lain jugak. kalau kain sendiri terlondehpun haram nk betulkan. sibuk dok kata kain org carik. hipokrit tul si titiwangsa ni.

    BalasPadam
  2. Bodo punya dr lolo gajah depan mata x nampak tungau seberang laut nampak...tak payah tengok jauh le tengok kawasan parlimen kau kampung baru kl apa yang kau boleh buat...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping