...Ladang Rakyat Atau Ladang PAS???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebelum ini, Semut hanya mendengar kisah Ladang Rakyat dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Tetapi setelah melihat apa yang benar - benar berlaku di kawasan penempatan orang Asli di Post Brooke, timbul pelbagai spekulasi.
Persoalan Semut yang pertama sekali, bagaimana mungkin Kerajaan Negeri memberikan kebenaran untuk menggunakan tanah seluas ini? Lihat gambar dibawah.
Persoalan keduanya, dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mendapat keuntungan berganda benar - benar terpampang dihadapan mata. Satu, mereka mengaut keuntungan dari pembalakkan dan kedua mereka memungut duit sewa serta cukai tanah dari pengusaha ladang tersebut. Bayangkan, berapa banyak cukai yang mereka kutip.
Persoalan ketiga, adakah benar - benar kawasan ini diusahakan oleh rakyat sepertimana yang didakwa oleh pihak kerajaan Negeri? Padahal terang - terang tertera nama Syarikat yang mengusahakan ladang tersebut.
Jadi, siapa yang menipu disini? Adakah PAS terus mahu menipu rakyat dengan pelbagai tipu helah dan spekulasi yang mengatakan semua dakwaan yang dibuat sebelum ini fitnah semata - mata? Adakah mreka fikir, mereka mampu menyorokkan pembohongan dan pengkhianatan ini dari rakyat? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.