Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau posting sebelum ini Semut menyatakan Kegagalan Anwar dalam mahkamah. Kali ini Semut dedahkan Kegagalan Anwar menjelaskan kemelut dalam PKR.
Kehadiran Ketua Penipu Rakyat ke Kuantan semalam jelas dilihat gagal untuk menyatu padukan ahli serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti pimpinan isteri beliau.
Ramai yang hadir dalam sesi ceramah semalam kecewa serta terkilan dengan tindakan beliau yang mengelak untuk berterus terang mengenai isu semasa dan kemelut yang sedang dihadapi PKR.
Beliau yang dikatakan berceramah selama sejam tidak menyentuhlansung kemelut yang melanda PKR. Sebaliknya beliau hanya mempertikaikan tindakan pemimpin UMNO/BN dan media arus perdana yang dilihat ghairah mensensasikan kisah beliau.
Anwar juga dilihat gagal mengulas berkenaan kemelut PKR terutamanya isu berkaitan Zaid Ibrahim dan pemilihan PKR. Anwar masih membuaikan mimpi lama tanpa menjelaskan tindakan serta perancangan demi masa depan Pakatan Pembangkang.
Laporan seterusnya, baca disini.
Nampak gayanya, bukan sahaja media arus perdana yang turut mempertikaikan si Ketua Penipu ini. Malah beliau juga turut gagal di pentas ceramah dan dipertikaikan oleh 'Tulang Belakang' mereka sendiri.
Nak gah apa lagi Anwar lepas ni? Nak menjelaskan perkara sebenar kepada pada ahli pun susah, inikan pula kepada rakyat secara keseluruhan. Mampukah beliau berterus terang atau hanya sekadar tahu menipu semata - mata? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.