...Kalau Syabas Tak Betul, Agak - Agak Dia mandi Pagi Tak???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Asyik mempertikaikan orang lain, akhirnya terkena diri sendiri. Sebelum ini, Khalid Gagap dilihat dengan lantang mengkritik Syarikat Bekalan Air Selangor kerana tidak tahu menguruskan kerja mereka.
Akhirnya, pihak SYABAS telah memfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Gagap untuk ganti rugi dibawah perjanjian konsesi tiga hala.
Satu saman pemula bersama dengan "affidavit in support" telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan jumlah yang mencecah hampir sebanyak RM 500ribu.
Makin tergagap la nampak gayanya si Khalid nak menjawab dalam Dewan Undangan negeri mengenai hal ini. Harap - harap ada pihak yang membangkitkannya nanti. boleh tengok reaksi beliau.
Adakah beliau akan turut tertelan lidah sendiri seperti yang dilakukan oleh Teresa Kok? Namun yang jelas, PKR sememangnya gagal mentadbir walaupun sebuah Negeri seperti Selangor. Inikan pula mereka nak mentadbir sebuah Negara? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.