Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mereka kata hubungan mereka 'intim'. Mereka kata pakatan mereka 'ikhlas' dan 'anjal'. Tetapi setakat hari ini, semua yang mereka dakwa itu tidak pernah dizahirkan oleh mereka.
Sudah dua tahun mereka bersama. Tetapi sehingga hari ini, perjuangan dan pendirian mereka berbeda antara satu dengan yang lain.
Satu memperjuangkan Islam dan mahu mengaplikasikan hukum Islam dalam Perlembagaan Negara.
Satu lagi mahu kesamarataan dengan slogan Malaysia Malaysian serta menentang sebarang bentuk perjuangan Islam.
Satu lagi memperjuangkan kepentingan peribadi Ketua Umum serta kaum keluarganya sahaja.
Bagaimana mereka boleh mempengaruhi rakyat dengan perjuangan yang caca marba seperti ini?
Malah untuk duduk dibawah satu lambang yang membuktikan 'keikhlasan' mereka itu pun tidak mampu. Setiap kali ditanya mengenai perkara ini, pemimpin mereka sering mengelak dari menjawabnya.
Jadi dimanakah kebenarannya dakwaan mereka selama ini? Pembohongan apakah yang mereka cuba lakukan ini? Tidakkah rakyat Malaysia sedar akan hakikat ini?
Tak mungkin pengikut mereka tidak pernah mempersoalkan perkara ini kepada pemimpin mereka. Tidak cukupkah perkara itu menjadi tanda tanya mengenai hala tuju 'Pakatan' mereka? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Rujuk Malaysian Digest.com.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.