Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Seleras dengan Model Tranformasi Politik Negara yang diseru oleh Datuk Seri Najib, Barisan Nasional juga turut berubah bagi memenuhi kehendak semasa.
Malah dinyatakan bahawa antara kejutan yang bakal diumumkan dalam konvensyen Barisan Nasional nanti ialah mengenai perubahan logo dan warna benderanya. Temanya akan berkisarkan konsep 1Malaysia, Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.
"...Perubahan-perubahan lain akan kita umumkan pada hari konvensyen itu. Ada sedikit perubahan dari segi logo dan warna. Saya akan umum pada hari itu,..."
Datuk seri Najib juga turut mengulas kemenangan di PRK Galas dan Batu Sapi tidak sesekali meletakkan BN dalam zon selesa. Walaupun kejayaan itu membawa maksud sokongan terhadap BN meningkat, namun usaha dalam melakukan pembaharuan secara postif akan tetap dilakukan.
"Usaha menambah keyakinan rakyat akan diteruskan iaitu selaras dengan dasar BN yang mengutamakan rakyat, akan terus menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang dapat mendekati dan menyentuh hati rakyat," katanya.
Salah satu usaha yang akan dilakukan ialah dengan memastikan setiap parti komponen dapat menyelesaikan permasalahan seterusnya mendorong ke arah masalah sifar.
Sekurang - kurangnya, ada jugalah usaha dan inisiatif ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Bukan seperti sesetengah parti lain yang sibuk dalam kemelut, pemimpinnya hanya tahu menyalahkan sesama sendiri.
Teruskan usaha dalam meningkatkan sokongan rakyat serta demi memastikan kesejahteraan Agama, Bangsa dan Negara. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.