Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu Semut ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah menurunkan rahmatNya dengan hujan pada malam semalam. Rasa syukur juga Semut ucapkan diatas hidayah yang Allah S.W.T berikan kepada pengundi - pengundi di Galas dan Batu Sapi hari ini.
Tahniah diucapkan kepada semua pengundi kerana tidak terus terpedaya dengan dakyah - dakyah serta pembohongan yang berterusan dari pihak pembangkang. Jelas, mereka sememangnya bijak memilih dan masih menruh keprcayaan terhadap Barisan Nasional.
Ianya terbukti dengan kemenangan besar dikedua - dua Pilihanraya Kecil yang diadakan serentak kali ini. Di Galas, Barisan Nasional berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut dengan kelebihan undi majoriti sebanyak 1190. Ianya meningkat hampir dua kali ganda dari keputusan PRU 2008.
Manakala di Batu Sapi, Datin Linda Tsen mampu menarik nafas lega dan meneruskan legasi mendiang suaminya dengan kemenangan Barisan Nasional. Beliau berjaya mendapat undi sebanyak 9773 mengalahkan Anshari (PKR) dan Yong Teck lee (SAPP).
Kedua - dua kemenangan ini Semut sifatkan sebagai kemenangan buat semua jentera - jentera Barisan Nasional dan seluruh rakyat sama ada di kawasan PRK mahupun diserata Malaysia. Kemenangan ini harus dikongsi bersama dengan tidak melupakan tugas serta tanggungjawab kita dimasa akan datang.
Tahniah sekali lagi Semut ucapkan dan harapan yang tinggi kini tergalas dibahu kita untuk melangkah ke Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.