Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau sebelum ini, alasan Setiausaha Agung PKR, si Ciputdin boleh kita terim akal lagi. Kata beliau, kemungkinan jumlah ahli yang keluar mengundi kecil kerana terlibat dengan Pilihanraya Kecil.
Selepas itu, alasan si SUA itu mula tidak masuk akal. Apa kena mengenanya Pusingan Akhir Piala FA dengan pemilihan parti? Bukan semua orang pegi stadium tengok 'Final' antara Kelantan dan Negeri sembilan tu.
Sekarang, apa pula alasan yang boleh diberikan oleh si Ciputdin itu? Setakat ini tak sampai 50ribu ahli yang keluar untuk memilih. Tidak lebih dari 8.48% yang keluar mengundi. Pesoalannya kenapa boleh jadi begitu?
Kalau ikut kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, kekurangan jumlah ahli yang keluar mengundi itu satu indikasi yang jelas menyatakan bahawa PKR sudah semakin hilang pengaruh.
Ahli dilihat sudah semakin 'malas' untuk mengundi atas beberapa sebab tertentu. Salah satunya sudah tentu penarikan-diri Zaid Ibrahim. Selain itu ia turut disebabkan oleh maslah peribadi pemimpin, ahli merasakan perjuangan parti itu sudah semakin tidak relevan dan sebagainya.
Jadi tidak salah kalau kita katakan bahawa SUA PKR itu cuba menutup kelemahan sendiri dengan alasan - alasan bodohnya. Lepas ni sudah tentu sambutan Aidil Adha pula dijadikan alasan.
Ini rupa pemimpin yang tidak boleh terima kenyataan. Macam mana dia boleh jadi pemimpin pun tak tahulah. Yang jelasnya, nampak sangat dia cuba menipu rakyat dan ahli PKR dengan alasan tak masuk akal itu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Ahli UMNO juga digesa jangan rasa selesa dengan kemelut mereka. Teruskan usaha memberi khidmat terbaik kepada rakyat. ABM.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.