Jumaat, November 19, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Komen yang diberikan oleh seorang penulis dalam Malaysian Digest.com ini wajar kita jadikan renungan.

Menyifatkan PAS sebagai salah satu komponen dalam pakatan pembangkang, PAS dilihat perlu melakukan perubahan dan reformasi dalaman untuk turut serta merampas Putrajaya. Walaubagaimana pun, PAS turut menghadapi masalah untuk menyenaraikan dan menarik perhatian serta minat dikalangan ahli baru.

PAS dilihat seperti kehilangan suara mengenai sesuatu isu hingga disifatkan oleh parti lawan hanya sebagai pengikut kepada PKR dan DAP semata - mata. Maka tidak salah jika PAS hanya dilabelkan sebagai 'penumpang' dalam pakatan yang matlamatnya hanya untuk merampas kuasa dari BN.

Namun yang menjadi persoalan utamanya ialah mengenai kedudukan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Kekalahan di PRK Galas adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan rakyat menyalahkan Nik Aziz sebagai punca mereka gagal menjadi pilihan rakyat.

Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab ke atas perkara tersebut dan ianya tidak dinafikan. Dan dalam merefomasikan semula PAS, kepimpinan juga perlu menjadi perkara utama termasuklah Nik Aziz yang sudah semakin berusia.

Bagi menggantikan Mursyidul Am PAS yang sudah mencapai usia 78 tahun ini dilihat sukar oleh sesetengah pihak. Siapa yang layak menggambil alih tugas Nik Aziz selepas ini turut menjadi persoalan dikalangan ahli mereka sendiri.

Banyak perkara yang perlu dilihat sebelum sebarang keputusan dibuat. Yang jelasnya, PAS perlu membuat keputusan yang tepat mengenai perkara ini.

Komen Semut, jelas bahawa PAS sukar mencari ganti Nik Aziz dalam meneruskan perjuangan mereka. Sesuatu yang nyata perlu mereka hadapai ialah, PAS pada hakikatnya kurang pemimpin yang berkaliber.

Jika tidak, kenapa mereka masih memerlukan Nik Aziz sehingga hari ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sumber dari Malaysian Digest.com.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping