Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam 'keramaian' Kongres PKR hari ini, perwakilan yang hadir turut menyatakan bahawa mood dan Semangat menawan Putrajaya sudah kian pudar.
Zulkifli Ibrahim menyatakannya ketika membahas ucapan dasar Presiden parti berkenaan. Malah menurut beliau, ada juga diantara ahli PKR yang mula menyoal mengenai perbezaan diantara Pakatan Pembangkang dan Kerajaan Barisan Nasional.
Beliau menyatakan bahawa Ketua Umum dan kerajaan negeri hanya bercakap mengenai reformasi itu dan ini, tetapi hakikatnya PKR sendiri tidak melaksanakan reformasi tersebut.
Zulkifli juga turut mendesak agar kepimpinan parti menjawab semua persoalan yang dikemukan oleh ahli mengenai proses pemilihan yangdikendalikan oleh JPP.
"We criticize the weakness of the EC (Election Commission) for not being fair and transparent and we should instead be a model in carrying out a fair election," he said.
Masalah seperti ini katanya mungkin dianggap remeh oleh barisan kepimpinan tetapi ianya perlu ditangani bagi memastikan parti tersebut terus bertahan.
Nampak sangat dah kelemahan dan kebatilan yang dilakukan oleh PKR. Sampaikan perwakilan mereka sendiri mula mempertikaikan parti, apa cerita?
Inilah yang dinamakan sebagai hangat - hangat tahi ayam. Cakap sahaja pandai, tapi buat kerja takreti. Nak menjelaskan mengenai masalah parti sendiri pun tak mampu. Inikan pula nak mentadbir dan menawan Putrajaya? Bukan setakat pudar sahaja, lupakan terus hasrat buruk Anwar itu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Laporan dari BERNAMA.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.