Rabu, Disember 15, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apalah nasib si Zaid Ibrahim ni ye? Kesian pun ada juga kadang - kadang buat si Katak Tapa ni. Sudahlah UMNO pecat dia, PKR pulak belot dia.

Kali ini malang terus menimpa tatkala dia baru nak merasa duduk jadi Presiden parti, dah tak diiktiraf pula.

Zaid Ibrahim sebelum ini telah disahkan menjadi ahli Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan turut menghadiri mesyuarat Agung parti tersebut.

Zaid Ibrahim dilaporkan telah menerajui parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diubah namanya daripada AKIM selepas mesyuarat Agung Tahunan Parti tersebut.

Walaubagaimana pun, Presiden AKIM tidak mengiktiraf dan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk perubahan baru bagi parti itu.

AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun yang lalu mempunyai prinsip perjuangan untuk menyatupadukan umat Islam diseluruh Negara.

Hanafi berkata, mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru seolah - olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang sah dan memperjuangkan Islam.

Nasihat Semut buat si Zaid Ibrahim ni, bersara saja la dari politik. Jelas tidak ada siapa yang mahu. Buat malu diri sendiri sahaja.

Mana perginya pengikut - pengikut beliau yang mencalonkan nama beliau dalam pemilihan PKR baru - baru ini?

Kalau pengikut - pengikut itu pun beliau tidak boleh nak 'pegang', inikan pulak nak jadi pemimpin parti baru. Siap buat rampasan kuasa lagi. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping