Khamis, Disember 23, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Badrul Hisham, Calon Ketua AMK PKR yang lantang mengkritik pemilihan parti itu baru - baru ini telah ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR.

Beliau yang mendesak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mengeluarkan kenyataan dan penjelasan secara bertulis turut tidak mengiktiraf pemilihan yang diadakan.

Walaubagaimana pun, Badrul sehingga kini masih tidak menyatakan pendirian beliau untuk sama ada terima atau tidak jawatan tersebut.

Namun, buat Ketua AMK Cabang Tenggara, Azlan Ishak berkata Badrul sewajarnya menolak tawaran jawatan itu kerana beliau sendiri pernah menyatakan tidak akan menerima sebarang jawatan yang ditawarkan.

Pandangan beliau itu turut dikongsi pimpinan muda pelbagai peringkat dalam parti yang didakwa memerlukan kepimpinan berprinsip seperti Badrul.


Mungkin seperti spekulasi yang dibuat sebelum ini, tawaran yang dibuat oleh pucuk pimpinan PKR itu hanya untuk menutup mulut dan mendiamkan terus desakan Badrul sebelum ini.

JPP jelas tidak dapat memberi penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan. Maka tindakan paling selamat ialah dengan memberi jawatan dan arahan agar beliau terus diam.

Semakin ketara kepincangan yang berlaku dalam PKR ni. Semakin hari, semakin mudah untuk rakyat membaca gerak langkah mereka dan dengan mudah juga gerakan itu dipatahkan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping