Selasa, Disember 14, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Jika berbicara dengan kanak - kanak, strategi 'reverse psycology' biasanya akan mendapat respon yang baik dari kanak - kanak tersebut.

Sebagai contoh, kita tidak mahu dia berlari ditempat licin. Jangan dihentikannya, suruh dia berlari, jatuh nanti jangan menangis. Sah kanak - kanak itu tidak akan berlari.

Sama juga bila berbicara tentang perangai si Ketua Penipu itu. Apa yang dilarang dan 'terlarang' itulah yang biasanya beliau buat.

Dilaporkan beliau akan tetap mengadakan sesi jelajah ke seluruh Negara bermula hari ini hingga 19 Disember nanti bagi memberi penjelasan berhubung pendedahan WikiLeaks sebelum ini.

Anwar dijadualkan berkongsi pentas bersama pemimpin Pakatan Pembangkang lain iaitu PAS dan DAP bermula malam ini di tapak pasar malam Taman Melawati, Wangsa Maju.

Mengulas larangan yang dikeluarkan oleh pihak Polis sebelum ini agar tidak menghadiri ceramah tersebut kerana bakal menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam dan keselamatan.

Beliau hanya menjawab dalam twitternya dengan menyatakan: "Polis tidak benarkan - tanda UMNO gentar dengan penjelasan."

Bukankah beliau sendiri yang kata pendedahan itu tidak ada bukti dan dakwaan yang dibuat itu tidak berasas? Sekali lagi Semut ingin persoalkan, jika tidak ada bukti, buat apa hendak dijelaskan lagi?

Bukankah sebelum ini pihak Singapura sendiri telah menyatakan agar perkara ini tidak dipanjangkan?

Jelas, sifat si Ketua Penipu ini macam kanak - kanak. Lagi dilarang, lagi itu beliau hendak buat. Terutama perkara - perkara 'terlarang'.

Beliau mahu rakyat mendengar kata - kata beliau. Tetapi beliau sendiri tidak mendengar kata - kata orang lain. Kan ibarat ketam ajar anak berjalan tu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping