Rabu, Disember 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kontroversi yang melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan menegaskan bahawa beliau bukan individu yang sepatutnya dikenakan tindakan disiplin.

Sebaliknya beliau turut menyatakan bahawa si Ketua Penipu itu juga seharusnya menerima nasib itu dan perlu dikenakan tindakan disiplin.

Punah sihat PKR itu sepatutnya dikenakan tindakan berkenaan kerana telah meminggirkan masyarakat kaum India di Negara ini. Beliaulah yang bertanggungjawab menutup Kuil Siva di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Gobala menuduh Anwar dan Azmin Ali yang telah meminggirkan kaum India sepanjang 12 tahun dan hanya memperkukuhkan nasib orang Melayu dan Cina sahaja.

Tindakan disiplin itu juga perlu dikenakan terhadap Exco Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar kerana menggunakan khidmat 'gangster' pada pemilihan yang lalu.

Gobala terus mengkritik kepimpinan Anwar dan Azmin dalam laman twitter beliau sejak hujung minggu lalu.

Walaupun sebelum ini, Naib Presiden PKR, N.Surendran telah melahirkan kekecewaan terhadap Gobala dan memohon beliau menghentikan serangan tersebut.

Bagi Semut, Anwar bukan sahaja layak dikenakan tindakan disiplin, malah beliau juga layak untuk tidak diiktiraf sebagai Ketua pun.

Mana tidaknya. Setiap ucapan yang keluar dari mulut beliau semuanya tipu helah semata - mata. Semuanya untuk memperdayakan rakyat dan masyarakat.

Ianya hakikat yang tidak dapat disangkal. Tetapi kenapa masih ada lagi orang yang mempercayai beliau?

Seperti Gobala. Beliau sudah tahu Anwar tidak kompeten sebagai Ketua dan turut mengkritiknya. Kenapa beliau masih lagi bersama parti itu? Malah beliau juga yang bermati - matian mempertahankan Anwar sebelum ini.

Tidakkah tindakan beliau itu pelik dan ajaib? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping