Selasa, Disember 28, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut mengucapkan sekalung tahniah kepada ADUN Bagan Pinang, YB Tan Sri Isa Samad diatas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah (Felda).

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilantik ke jawatan tersebut berkuatkuasa bermula 1 Januari 2011.

Perlantikan tersebut dibuat atas keyakinan pihak kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

YB Tan Sri bakal menggantikan Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor yang telah dilantik menjadi Penasijat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut bertanggungjawab menjaga Felda.

Mohd Yusof telah berkhidmat dengan menerajui FELDA bermula 1 Julai 2001 hingga 31 Disember tahun ini.

Sepanjang tempoh tersebut, FELDA telah banyak mengalami transformasi yang cukup membanggakan serta telah berjaya menempa pelbagai kejayaan.

Sekaligus, usaha beliau melonjak nama Felda sebagai penyumbang utama ekonomi Negara secara keseluruhannya.

Yang seorang jadi Pengerusi, yang seorang jadi Penasihat. Mazlan Aliman? Walaupun dapat segulung ijazah hasil bantuan pendidikan FELDA, masih tidak ada kerja melainkan asyik menyalahkan orang itu dan ini sahaja?

Nampak gayanya, Mazlan Aliman bakal bertemu dengan Isa Samad dalam penggal baru nanti. Sama - sama kita saksikan rentak tari mereka nanti. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping