Khamis, Disember 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Malaysia hampir boleh dinobatkan sebagai negara paling banyak parti politik. Ada yang baru, yang lama dan yang sudah berkubur pun.

Malah ada juga parti politik yang tak pernah kita dengar pun tetapi ianya wujud dengan bilangan ahli yang kecil.

Dalam Barisan Nasional sahaja sudah ada lebih kurang 13 parti komponen yang mewakili setiap lapisan kaum dan masyarakat dalam negara.

Jumlah ini tidak termasuk Pakatan Penipu yang sehingga hari ini GAGAL bersatu dibawah satu lambang.

Baru - baru ini, Zaid Ibrahim mengumumkan nama baru parti AKIM digantikan dengan nama KITA yang tidak mendapat pengiktirafan Presiden AKIM sendiri.

Laporan terkini pula mengenai bekas Naib Pengerusi PKR Negeri Sabah, Dr. Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan satu pergerakan baru.

Ianya dikenali sebagai Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, diantara agenda utama UBF ialah untuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat Persekutuan.

Walaubagaimana pun, beliau masih belum menyerahkan surat keluar dari PKR menyatakan UBF mahu Kerajaan Pusat turut melindungi hak masyarakat Pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan.

UBF bagaimanapun akan menyokong sesiapa sahaja yang dapat menjamin hak dan keadilan kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

Jelas, keputusan yang dibuat oleh Jeffrey Kitingan ini merupakan 'tamparan' hebat kepada PKR yang kononnya mahu menguasai Negeri Sabah dan Sarawak.

Tetapi cuba bayangkan, bagaimana jika setiap keluarga dan kumpulan mahu pendirian serta ideologi mereka diterima Kerajaan? Mahu kucar - kacir masyarakat dan seterusnya membantutkan pembangunan Negara. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping