Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dengan adanya parti - parti komponen yang sedia ada, Barisan Nasional sudah pun mewakili semua kaum yang ada di Malaysia.
Namun dengan keahlian dan keanggotaan secara terbuka yang dilaksanakan oleh BN akan menambahkan lagi bilangan kaum yang diwakili oleh Barisan Nasional secara keseluruhannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berharap sekiranya cadangan itu dilaksanakan kelak, jumlahnya akan lebih besar berbanding jumlah keanggotaan parti komponen sedia ada.
Walaubagaimana pun, BN tidak akan membubarkan parti komponen sedia ada kerana sistem komponen sedia ada telah diguna pakai sejak 50 yang lalu.
Namun, apa yang penting ialah untuk melihat BN mempunyai keanggotaan yang ramai dan ia dijangka berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.
Sama ada timbul masalah perselisihan faham antara kaum, ianya bukan masalah besar kerana dalam Pakatan Pembangkang sendiri pun turut berlaku masalah yang sama.
Percaya atau tidak, dalam keadaan terdesak nanti Pakatan Pembangkang juga akan meniru perkara yang sama kerana mereka sebenarnya gilakan kuasa.
Maka untuk meraih sokongan dan merealisasikan impian si Ketua Penipu itu ke Putrajaya, lambat laum mereka terpaksa akui juga apa yang dilakukan BN hari ini.
Hakikatnya, pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang ini ternyata ketandusan idea baru dalam wacana kehidupan rakyat. Mereka hanya retorik memperjuangkan rakyat sedangkan yang mereka pentingkan hanyalah diri mereka sendiri.
Rakyat perlu sedar akan hakikat ini dan perlu menolak fahaman serta dakyah busuk mereka. Jika di Sekolah pun, mereka yang meniru akan dihukum, jadi tidak salah bagi rakyat menghukum puak - puak peniru ini dalam Pilihanraya akan datang. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.