Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebelum ini, kita dengar taktik pembangkang dalam usaha untuk mengurangkan gaji Menteri itu dan ini.
Yang ironiknya, mereka mendesak agar gaji Menteri yang berkenaan dipotong sebanyak RM10 ke RM100 sebulan.
Walaubagaimana pun, taktik mereka itu ternyata gagal setiap kali usul tersebut diusahakan kerana mereka gagal meyakinkan dewan agar bertindak sedemikian.
Bagaikan sudah menjadi kecenderungan, usul gaji ini sekali lagi dikemukakan dan kali ini giliran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula.
Usul tersebut telah dicadangkan oleh Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) ditolak dengan undian suara yang jelas menunjukkan majoriti anggota dewan tidak bersetuju buat sekian kalinya.
Perbahasan bertukar hangat apabila Shahrizat bangun untuk menjawab, menyampaikan ucapan takziah kepada Siti Zailah atas pemergian anaknya ke rahmatullah. Beliau turut memohon anggota Dewan yang beragama Islam membacakan Al - Fatihah.
Serentak dengan itu, beberapa anggota Parlimen pembangkang seperti Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang) bangun dan menegaskan ianya tidak seharusnya dicampur adukkan urusan rasmi dengan peribadi.
Dengan tenang, Shahrizat menjawab: "Saya selaku Menteri yang turut menjaga kebajikan, saya memang mengambil berat tentang isu sebegini".
Inilah dia sifat - sifat wakil rakyat pembangkang di dalam Parlimen. Bukan hak rakyat yang disibuk - sibukkan, tetapi sebaliknya gaji orang lain yang mereka pertikaikan.
Sudahlah begitu, mengajak sedekahkan Al - Fatihah buat anak salah seorang anggota mereka pun mereka enggan.
Jadi dimana perjuangan Islamnya? Dimana yang dikatakan Ketuanan Rakyat yang mereka gembar - gemburkan sebelum ini?
Jelas semuanya retorik belaka. Adakah masih rakyat mahu terpedaya dengan wayang mereka ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Pahal Mak Lampir Zuraidah tu menentang bacaan Al fatihah yer?
BalasPadamInikah ajaran Ostad Badrul Amin yg nikah baru tu?
Tabik spring Shahrizat!