Isnin, Disember 27, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Seawal pagi tadi, dunia politik gempar sekejap dengan spekulasi yang mengatakan bahawa Badrul Hisham, bekas Calon Ketua AMK dikatakan akan keluar dari PKR.

Dan seperti yang Semut jangkakan bahawa semuanya itu hanya wayang si Badut yang menggelarkan dirinya sebagai Chegu ini.

Sidang media yang diadakan pagi tadi mengesahkan bahawa beliau bukan sahaja tidak akan keluar parti tetapi turut tidak menerima tawaran dari si Ketua Penipu sebagai Timbalan Setiausaha Agung.

Ulasan dari MPP sangat kena dengan keadaan semasa dimana memang jelas beliau sebenarnya hendak jadi ketua. Bukan orang kedua terutamanya kepada si Ciputdin Nasution itu.

Seluruh Negara sudah tahu bahawa Badrul sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR yang lalu. Malah beliau menuntut untuk mendapatkan penjelasan bertulis dari JPP.

Namun, permohonan beliau itu tidak dilayan Ciputdin. Jadi, bagaimana si Ketua Penipu itu mengharapkan Badrul Hisham akan menerima jawatan Timbalan? Tak masuk akal lansung.

Persoalan yang masih kekal, kenapa Badrul masih mahu tetap dalam PKR? Gelaran apa yang layak diberikan kepada seseorang yang sudah tahu perkara itu batil, tetapi tetap mengikutnya?

Sesungguhnya, hanya gelaran itu sahaja yang layak disandang oleh beliau. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping