Isnin, Disember 27, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ingatkan bila mereka buat Konvensyen, segala masalah dan pertikaian yang dihadapi semuanya sudah selesai. Rupanya bukan bertambah baik, tetapi bertambah buruk.

Tengahari tadi, Semut laporkan mengenai kisah Badrul Hisham, bekas calon Ketua AMK yang kalah dalam pemilihan baru - baru ini.

Bagi Semut, jika beliau benar - benar seorang yang berpegang teguh kepada prinsip, maka tindakan yang sewajarnya beliau ambil ialah untuk keluar dari PKR. Buat apa lagi beliau masih kekal dalam parti yang beliau sendiri tidak iktiraf?

Laporan hari ini juga turut mendedahkan mengenai gesaan terbaru PKR terhadap salah seorang calon Naib Presidennya yang kalah dalam pemilihan yang lalu.

PKR melahirkan rasa kecewa terhadap sikap N. Gobalakrishnan sambil menggesa Ahli Parlimen Bagan Serai itu agar menghentikan serangan terhadap parti.

Beliau juga turut didakwa oleh N. Surendran kerana menghamburkan kritikan kabur serta tidak berasas ke atas beberapa individu dalam parti itu. Beliau diminta berbuat demikian sebelum tindakan disiplin diambil ke atas beliau.

Diantara individu yang turut menjadi mangsa kritikan Gobala ialah Azmin Ali dengan menyatakan bahawa Timbalan Presiden yang baru itu tidak pernah memihak kepada kaum India sejak tahun 2002.

Itulah hakikatnya bila sesama parti berbalah. Habis semua perkara dipertikaikan oleh mereka. Nampak sangat sikap ketidak-adilan sememangnya wujud dalam parti itu, walaupun mereka melaung - laungkan slogan Keadilan.

Nak bersuara dan memberi pendapat serta pandangan pun tidak diendahkannya. Inikan pula mahu menjadi 'kepala' Negara? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping