Rabu, Disember 08, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tindakan ahli - ahli Parlimen dari kalangan puak - puak pembangkang hari ini sangat mengecewakan Semut.

Walaupun Semut jelas bukan pengikut atau penyokong kuat mereka, tetapi tindakan mereka itu turt mengecewakan rakyat secara keseluruhannya.

Mereka lupa bahawa mereka dipilih untuk duduk di kerusi Parlimen itu bagi mewakili rakyat. Tetapi perkara itu jelas tidak dilakukan mereka.

Tindakan puak pembangkang itu bukanlah kerana membahaskan usul yang ada sangkut paut dengan rakyat, jauh sekali untuk membela nasib masyarakat yang mengangkat mereka ke kerusi tersebut.

Tetapi tindakan mereka keluar dewan hari ini hanya disebabkan perbalahan dengan Speaker mengenai kedudukan Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Mereka mempertikaikan tindakan gantung dari menghadiri sidang Parlimen yang dikenakan kepada Anwar sebelum ini.

Malah pertikaian itu turut menjejaskan Perbahasan Rang Undang - Undang Pembekalan 2011 apabila Azmin Ali (PKR Gombak) bangkit dan membahaskan usul tergempar tersebut.

Jelas bahawa Pakatan Pembangkang ini sebenarnya bersifat pentingkan diri sendiri. Mereka jelas gagal melaksanakan tugas mereka yang telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil didalam Parlimen.

Bukan nasib rakyat yang menjadi keutamaan. Tetapi sebaliknya nasib si Ketua Penipu itu yang lebih penting.

Maka tindakan mereka yang keluar dewan hari ini sewajarnya dikutuk kerana telah membelakangkan rakyat dan mendahulukan Anwar.

Inikah Ketuanan Rakyat yang dilaung - laungkan oleh mereka? Inikah perjuangan demi rakyat yang mereka ertikan selama ini? Tidakkah tindakan mereka itu boleh diibaratkan sebagai mengkhianati perjuangan rakyat? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Kalau macam tu perangani mereka, masyarakat semut hitam kena beratur ramai ramai berderet pergi gigit merata tubuh badan mereka. Teruskan ...

    BalasPadam
  2. Biasalah bagi pembangkang yang menyokong peliwat. Tapi kalau PAS yang menyebarkan Islam pun sokong peliwat, something is wrong somewhere with PAS.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping