Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya, pengistiharan Perang ke atas Ketuanan Melayu yang dimulakan sejak kongres PKR baru - baru ini kian mendapat tentangan dari kalangan Raja - Raja Melayu.
Terdahulu Semut sudah paparkan amanat yang disampaikan oleh DYMM Sultan Perak. Dan yang mendahului senarai Sultan yang mula bersuara ialah Sultan Selangor.
Kemudian diikuti pula oleh DYMM Sultan Pahang sewaktu Baginda Sultan merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang samalam.
Kini tiba giliran Sultan Johor pula menyatakan kemurkaan baginda terhadap penentangan Ketuanan Melayu.
Baginda Sultan Ibrahim Almarhum Sultan iskandar mengingatkan kepada Melayu agar bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan.
Baginda juga turut menjelaskan bahawa istilah Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut Kedaulatan Melayu kerana ia mencakupi kedudukan Raja - Raja Melayu dan rakyatnya. Jauh sekali ia membawa maksud 'Tuan' dan 'Hamba'.
Sultan Ibrahim bertitah sistem raja dan Kerajaan Melayu telah wujud ratusan tahun dahulu dan tidak pernah putus malah kekal ke hari ini serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut baginda, konsep kedaulatan Melayu merangkumi kedudukan Raja - Raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak - hak orang Melayu dan hak - hak lain juga tidak pernah melihat orang lain sebagai orang luar dari negara ini.
Maka, jika PKR dan Pakatan Pembangkang menolak Ketuanan Melayu, mereka juga sebenarnya menolak kenyataan oleh Baginda Tuanku Sultan Johor itu serta Raja - Raja Melayu lain secara keseluruhannya.
Jadi persoalan kepada pemimpin PKR terutama si Ciputdin Nasution, bagaimana mungkin beliau boleh kata Raja - Raja Melayu tidak termasuk dalam Ketuanan Melayu?
Buku Perlembagaan mana yang beliau baca sebenarnya? Perlembagaan mana yang tidak mengariskan Islam sebagai agama rasmi dan hak - hak orang lain dipinggirkan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.