Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Seperti yang Semut pertikaikan semalam, jelas wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang ini tidak melaksanakan tugas mereka sebagai wakil kepada rakyat.
Akibatnya, hari ini dua lagi wakil mereka di'rehat'kan dari menghadiri sidang dewan sehingga jam 2.30 petang tadi.
Semuanya gara - gara menimbulkan soalan yang tidak ada kena mengena dengan perbahasan yang sedang berlansung hari ini dan turut gagal mengawal emosi masing - masing.
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu selepas kedua - dua anggota Parlimen tersebut mempersoalkan tindakannya yang tidak membenarkan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) meneruskan soalan tambahan berhubung kontrak yang diberikan kepada Bumiputera dalam projek menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang.
Pandikar Amin sejak awal pagi lagi sudah menegur anggota Dewan agar mengemukakan soalan tambahan yang jelas dan padat, berkata soalan Ooi tidak mempunyai kaitan dengan soalan asal.
Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) kemudian bangun mempertikaikan keputusan tersebut juga diminta berehat seketika dari menghadiri sesi dewan sehingga jam 2.30 petang.
Sudahlah hasrat dan tanggungjawab mereka kepada rakyat tidak dipenuhi. Tanya soalan pun bukan - bukan.
Jadi bagaimana rakyat mahu bergantung harap kepada mereka sedangkan bagi mereka menduduki kerusi di Parlimen ini ibarat mainan sahaja? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.