Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kita sekarang sudah kenal dengan sikap suka meniru yang dilaksanakan oleh puak - puak pembangkang yang jelas ketandusan idea baru ini.
Maka atas dasar itu, Timbalan Perdana Menteri menggesa pemimpin dari Barisan Nasional agar melibatkan diri secara lansung dalam setiap inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat supaya program itu tidak di'culik' oleh pembangkang.
Tan Sri Muhyiddin berkata, meskipun Selangor diperintah oleh Pakatan Pembangkang, Kerajaan Pusat tetap menyalurkan peruntukan melalui jabatan dan agensinya yang beroperasi di Negeri itu demi kepentingan rakyat.
Beliau juga turut menggesa pemimpin BN Negeri Selangor dan seluruh Malaysia agar mendekati rakyat dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan ikhlas.
Beliau berkata, kempen diperingkat akar umbi perlu dijalankan secara berterusan bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada BN.
Maka sudah sampai waktunya barisan kepimpinan BN menjalankan tugas masing - masing dan tidak leka dengan keadaan semasa.
Jangan kita terus melayani kerenah merepek yangs ering diputar belitkan oleh puak - puak Pembangkang ini kerana jelas ia tidak akan berpenghujung.
Selagi mereka suka meniru dan menipu, selagi itu masalah rakyat tidak akan selesai. Jadi, jangan kita pula yang terjerat dengan dakyah pembohongan dan wayang mereka. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Salam tuan,
BalasPadamSaya telah memaut blog ini sejak sekian lama,namun mungkin tanpa disengajakan blog saya telah hilang dari pautan diblog ini di link blog yang diberi muka, atas semangat setiakawan dalam selairan perjuangan mohon dipautkan semula. Terima kasih.