Selasa, Disember 07, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Malam semalam, Semut sempat singgah di sebuah Masjid sebelum mereka memulakan bacaan Surah Yassin dan berdoa sempena tahun baru Maal Hijrah.

Selepas solat Maghrib, ada Ceramah Agama yang betul - betul ceramah Agama. Bukan seperti 'ceramah - ceramah' lain.

Ustaz yang memberi ceramah tersebut membincangkan mengenai Sirah Hijrah Rasulullah S.A.W dimana penghijrahan itu dilaksanakan bukan hanya secara zahiriah, malah secara jasmaniahnya juga.

Walau apa pun, sebelum sesuatu kerja itu hendak dilakukan hendaklah ianya berpaksikan kepada Niat terlebih dahulu. Waimma mahu berhijrah sekali pun, perlu ada niat yang betul.

Tanpa niat yang betul, maka apa yang dilaksanakan itu bukan sahaja akan menjadi sia - sia. Tetapi ia juga tidak akan diterima dan diberkati Allah S.W.T.

Makanya, sebagai pemimpin yang kononnya hendak memperjuangkan hak rakyat juga perlu ada niat yang betul. Dan niat itu hendaklah ikhlas kerana Allah S.W.T.

Janganlah kita lakukan sesuatu itu hanya untuk mendapat nama, pujian orang, dan sebagainya. Ibarat kata orang, Ada Udang Di Sebalik Batu.

Jika niatnya hendak membantu rakyat, banyak lagi kaedah yang boleh dilaksanakan. Bukan hanya berdemonstrasi dijalanan dan saman - menyaman sahaja.

Lihat bagaimana isu Felda diselesaikan setelah BAPAK ditubuhkan. Tidakkah cara ini lebih berhemah dari si ANAK menyaman tak tentu pasal dan sebagainya?

Demikian juga dengan bantahan isu Air di Selangor baru - baru ini. Bukan tidak ada cara lain selain berdemonstrasi. Yang pentingnya objektif perhimpunan tersebut.

Seperti yang dimaklumkan oleh Pengerusi GAPS, objektif utama mereka ialah untuk menyerahkan memo kepada Yang DiPertuan Agong. Jadi tidak perlulah mereka berdemo sekiranya objektif tersebut sudah tercapai.

Inilah dia contoh - contoh apabila manusia membelakangkan agama dalam kehidupan mereka. Akibatnya, masyarakat sengsara dan menjadi kacau bilau. Hanya semata - mata kerana niat pemimpinnya tidak betul dan tidak mendapat hidayah dari Allah S.W.T.

Tidak hairanlah kenapa pengikut -pengikut yang sedia ada macam orang gila bertempur dengan polis. Tidakkah perbuatan mereka itu sesuatu yang sia - sia sahaja? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping