Selasa, Disember 07, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Adalah wajar kiranya kita melihat kembali kepada Sirah Penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Bila mana kita bercerita mengenai Hijrah Rasulullah, kebanyakkannya hanya bersangkut paut dengan perpindahan umat Islam beramai - ramai itu sahaja.

Sesungguhnya, peristiwa penghijrahan itu sebenarnya banyak yang perlu dihayati dan dijadikan renungan.

Sebagai contoh kaedah yang berkesan telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W dalam perjalanannya menuju ke Madinah. Baginda yang turut ditemani Saidina Abu Bakar As - Siddiq tidak menggunakan laluan biasa.

Sebaliknya mereka telah menempuh laluan lain bagi mengaburi tumpuan para musyrikin Mekah.

Namum, tumpuan terhadap satu agenda dan kejayaan besar yang diperolehi oleh Baginda Rasulullah S.A.W dalam sejarah Islam ialah menyatukan dua Kabilah yang saling bermusuhan.

Tindakan Rasulullah S.A.W yang berjaya menyelesaikan perang saudara diantara Aus dan Khazraj yang berlansung bertahun - tahun lamanya itu adalah diantara bukti mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan perdamaian diantara dua suku kaum yang bersaudara ini, kepimpinan dan kredibiliti Nabi Muhammad S.A.W tidak lagi dipersoalkan oleh sesiapa pun.

Namun, seperti yang Semut katakan tadi, kebanyakkan masyarakat hari ini gagal melihat kejayaan besar itu setiap kali tibanya Tahun Baru Maal Hijrah.

Sedangkan Hijrah diantara kedua - dua puak itu juga merupakan titik tolak perkembangan Islam diseluruh dunia lalu menjadi asas kepada tamadun Islam pada ketika itu.

Malang nasib kita hari ini apabila setiap kali usul Perpaduan Ummah diantara dia puak yang sering berbalah sering ditolak. Dan yang lebih malang lagi, mereka yang menolak itu kononnya mendakwa diri mereka alim ulama.

Adakah mereka tidak dapat menyingkap rahsia disebalik Peristiwa Hijrah ini? Sedangkan ia adalah bukti kukuh kemajuan tamadun Islam dan permulaan dalam membina Negara Islam.

Kenapa hal ini sering kali ditolak daripada ianya dibincangkan agar dapat merapatkan ukhwah sesama Agama dan Bangsa?

Tidakkah mereka dapat melihat dengan ikatan persaudaraan ini mereka mengisi salah satu Sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W? Atau adakah mereka sengaja menidakkannya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping