Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Inilah yang dikatakan, Kerana Mulut Badan Binasa. Kelak diri sendiri yang akan rugi dan merana. Nampak gayanya, makin ramai Sultan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dan pendirian PKR untuk menolak Ketuanan Melayu.
Jika sebelum ini, Sultan Selangor menyatakan kemurkaan Baginda, tiba giliran Sultan Perak pula menegur mereka yang masih mempertikaikan status Islam dan Kedudukan Melayu di Negara ini.
Baginda menegaskan jika perkara itu dilakukan dikalangan orang Melayu, maka mereka sebenarnya telah melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri.
Titah baginda, amat malang kepada agama dan bangsa apabila sejarah sebenar Negara mahu dipadamkan dan faktanya mahu diubah.
Jadi kepada pemimpin - pemimpin PKR yang telah mengishtiharkan Perang terhadap Ketuanan Melayu, eloklah berfikir dua kali sebelum ada cita - cita hendak merampas Putrajaya.
Jangan sampai dibuang Negeri sudahlah. Yang ruginya diri sendiri tetapi yang merananya nanti rakyat dan ahli - ahli mereka. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.