Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kesedaran terhadap kuasa yang dimiliki oleh media, maka YAB Perdana Menteri Malaysia menyarankan agar umat Islam juga turut menguasai Media.
Ianya bagi tujuan mengikis persepsi buruk rakyat dunia terhadap Islam dan mengatasi serta memperbetulkan persepsi Islamofobia.
Beliau berkata kerana wujudnya puak yang berjaya menggunakan media sebagai alat propaganda memburukkan Islam secara tersusun dan sistematik.
Penguasaan Islam terhadap media masa kini agak minimum dan usaha yang kurang kreatif menjadikan hasilnya kurang menarik perhatian khususnya dikalangan remaja.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan TV Al Hijrah yang boleh diikuti di Lembah Klang melalui salurah UHF CH41, Johor UHF CH40, Sarawak UHF CH37 dan Sabah UHF CH37.
Jangan jadi seperti sesetengah media lain yang retorik mengatakan merekalah pejuang Islam tetapi hakikatnya bahan maklumatnya semua mengenai politik dan menghentam Kerajaan sahaja. Bahan untuk berdakwah mengenai Islam lansung tiada.
Konon kata 'Tepat Dari Sumber' tetapi ternyata ianya hanya bahan propaganda politik mereka semata - mata. Bukan bertujuan untuk menegakkan Islam di negara ini. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.