Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebelum ini sudah puas Semut jelaskan mengenai aspek Nilai dalam kehidupan manusia yang jelas tidak dapat lari daripadanya.
Malah perkara ini juga turut berlaku dalam memahami sesuatu konsep jika nilai yang ada dalam diri manusia itu hanya tertumpu kepada faktor tertentu sahaja.
Ambil sahaja contoh konsep 1Malaysia yang sering disalah tafsirkan sama ada sengaja atau tidak oleh puak - puak pembangkang.
Mereka jelas tidak dapat memahami atau sengaja buat - buat tidak faham isi kandungan sebenar konsep tersebut dan hanya melihat dari sudut negatifnya sahaja.
Sampaikan ada rakyat yang faham mengenai konsep itu turut dipaksa agar mereka juga menolaknya dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka.
Bagi mereka, agenda 1Malaysia itu ibarat alat propaganda politik Barisan Nasional semata - mata dan bukannya mendatangkan faedah kepada rakyat.
Datuk Seri Najib sendiri telah menjelaskan bahawa konsep 1Malaysia itu adalah untuk membina sesebuah Negara dan bukan bagi tujuan politik.
Kenapa puak - puak pembangkang ini hanya melihat konsep 1Malaysia itu sebagai satu ancaman kepada mereka?
Kerana jelas mereka dimomokkan dengan kisah penipuan si Ketua Penipu itu dengan macam - macam jenis spekulasi yang negatif.
Kenapa mereka tidak melihat konsep 1Malaysia itu sebagai agenda untuk merapatkan hubungan dan silaturahim diantara rakyat berbilang kaum dalam Malaysia?
Bukankah sikap ini sangat dituntut dalam Islam? Kenapa mereka gagal melihat perkara ini? Sudah butakah mereka? Atau jahil sangat dengan agama sebenarnya? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.