Rabu, Disember 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau Anwar Penasihat PKR jadi Perdana Menteri, Lim Kit Siang Ikan yang juga Penasihat DAP bakal jadi TPM. Maka secara tidak lansung Malaysia bakal jadi Negara Penasihat sajalah nampak gayanya.

Menurut para penganalisis politik percaya pengumuman si Ketua Penipu itu hanya sebagai satu langkah yang retorik.

Pensyarah Institut Kajian Etnik UKM, Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman meminta Anwar membuktikan kemampuannya sebelum menabur janji - janji kosong.

Beliau mendakwa adalah lebih baik Anwar berusaha mendapatkan kembali sokongan rakyat sebelum membuai sebarang mimpi indah ke Putrajaya.

"Jika beliau gagal melakukannya atau tidak memenangi pilihan raya umum akan datang, beliau hanya berdepan dengan situasi yang kurang senang dan malu dengan apa yang dijanjikan sebelum ini,'' jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Masyarakat USM, Prof. Madya Dr. Sivamurugan pula berkata Anwar sebenarnta sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina bagi menghadapi PRU akan datang.

Jika dilihat berdasarkan pemilihan PKR baru - baru ini, jelas sokongan bukan Melayu sudah mula terhakis.

"Barangkali untuk meraih semula sokongan bukan Melayu, beliau cuba menjanjikan jawatan tersebut kepada Kit Siang yang merupakan antara individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat Cina di negara ini,'' katanya.

Jadi tidak hairanlah kenapa Haji Hadi Awang tidak diberi tempat untuk menduduki jawatan TPM sebab pertama dia Melayu. Keduanya dia bukan Penasihat parti yang dipimpinnya iaitu PAS.

Adalah lebih baik Haji Hadi ambil alih kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am. Ada juga peluang nak jadi TPM. Kalau tidak, makan habuklah jawabnya perjuangan Negara islam mereka. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Anwar ni memang kuat berangan..biar lah dia terus berangan membentuk kabinet pakatan haram nya tu..pada PRU 13 nanti kita tunjukkan jalan keluar yang cantik punya pada nya..begitu juga pada parti PR yang lain...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping