Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebelum ini, mereka kuat 'kompang' satu Malaysia kata mereka berjaya mengatasi kemiskinan dalam Negeri tersebut.
Sampai satu tahap, sanggup secara terang - terangan menipu rakyat konon rakyat Negerinya sudah tidak lagi tersenarai sebagai Negeri miskin.
Dulu, Semut juga pernah dedahkan kenyataan mereka mengenai 'kejayaan' mereka mengaut keuntungan hasil balak berlipat kali ganda berbanding Kerajaan BN sebelumnya.
Namun, menurut laporan terbaru, Kelantan terus mencatatkan peningkatan kadar kemiskinan dan Ibu Tunggal pada setiap tahun.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri itu, tahun ini mereka merekodkan sebanyak 30,751 penerima bantuan berbanding 26,099 orang tahun lalu.
Ia menjadikan Kelantan Negeri kedua yang mencatatkan bilangan penerima tertinggi dalam Malaysia.
Jadi dimana yang mereka kata mereka berjaya dalam pemerintahan selama 20 tahun? Bayangkan. 20 tahun memerintah, mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan dikalangan rakyat sendiri.
Tidakkah kita hairan bila mereka kata Negeri mereka berjaya, tetapi semakin ramai pula rakyatnya yang berhijrah ke Negeri lain? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Adakah selama 53 tahun memerintah M'sia masalah kemiskinan telah selesai? Kenapakah ada negeri yg diperintah sejak merdeka tapi statistik menunjukkan ada negeri berada dibawah Kelantan? Adakah kat KL tu hanya penuh dgn rakyat Kelantan?
BalasPadamYang tanpa akal ooopss silap....tanpa nama. Boleh ke buat statistik kasar, berapa ramai rakyat Kelantan di negeri2 perintahan BN berbanding dgn bilangan rakyat negeri lain di negeri Kelantan?
BalasPadam10 negeri lawan 1 negeri shj. Itu baru namanya statistik bandingan.
kalau diorang tak ramai duduk luar, dah tentu jalan dari Bentong, Raub dan Lipis tak jem bila tiba Raya Haji...semuanya nombor plat D...ada negeri lain ke pakai nombor plat D???
BalasPadamAla, orang PAS Kelantan juga yang cakap sebelum ini, mereka bangga sebab anak - anak Kelantan suka mengembara...Sampai negeri Miskin pun buat tak tau aje...cakap pandai diorang ni...
BalasPadammemanglah jem kan jln Bentong - Lipis tu 'single carriageway' taklah mcm Hiway utara & selatan yg 4 & 6 lorong tp jem jugak. Pelik-kan klu org k'tan je kat KL tp apasal masa raya hiway pun boleh jem!! tak kan lembu @ semut hitam yg balik raya kut!!!
BalasPadam