Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Agak gempar juga dengan Isu Lim Kit Siang Ikan sebagai TPM sekarang ni. Macam - macam spekulasi dan pandangan yang diberikan.
Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dilihat mempunyai spektrum yang jelas bertentangan dengan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.
Nasarudin At-Tantawi sebelum ini meminta agar PAS tidak hipokrit dengan menyembunyikan hasrat untuk menegakkan Negara Islam dan Hukum Hudud.
Hari ini beliau sekali lagi dengan lantang menyanggah sokongan terbuka Nik Aziz yang 'bersetuju sangat' dengan cadangan Anwar Ibrahim untuk melantik Lim Kit Siang sebagai TPM.
Antara lain beliau menyatakan terdapat Larangan yang jelas dalam Islam mengambil orang bukan Islam sebagai Pemimpin dalam urusan secara umum.
Kita tidak menolak sekiranya kedapatan orang Islam dari bangsa lain yang menjadi Perdana Menteri atau timbalannya akan tetapi syaratnya mestilah dia Islam.
Jelas, pendirian dan pandangan beliau serta Presiden PAS sendiri jauh bertentangan dengan Mursyidul Am PAS Pusat.
Jadi adalah jelas bahawa dalam soal ini, mereka saling berantakkan. Dan sekiranya Mursyidul Am PAS itu terus menolak suara dikalangan ahlinya sendiri, membuktikan beliau sudah menjadi boneka Anwar.
Maka, atas sebab itulah beliau wajar berundur dari politik dan bersara. Usah mimpilah nak duduk dalam barisan 'Kabinet' Anwar kalau suara 'anak buah' sendiri pun terus ditolaknya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.