Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Terfikir juga sejenak tatkala mendengar parti yang disebut oleh Datuk Fuad Zarkashi itu. Adakah ianya parti baru yang ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim?
Rupanya, beliau masih merujuk kepada parti yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim iaitu PKR. Apa yang dimaksudkan dengan 3F? Selama ini, kita hanya pernah dengar 'Bateri 3A' sahaja.
3F membawa maksud, Family (Keluarga), Fraud (Penipu) dan Forgery (Pemalsuan). Sindrom 3F ini jauh lebih parah jika hendak dibandingkan dengan 'Bateri 3A'.
Ianya terbukti kerana Anwar jelas mengamalkan pemerintahan kuku besi dalam parti itu selain pelbagai bentuk penipuan dan pemalsuan.
Perkara ini telah didedahkan dan turut di'londeh'kan obukan dari orang luar, tetapi oleh ahli PKR sendiri hingga mengakibatkan mereka bertindak keluar parti tersebut secara beramai - ramai.
Jelas PKR hanya dianggotai oleh mereka dari kalangan 'Keluarga', bermula dari Ketua Umum, Presiden dan Naib Presidennya sendiri.
Bab penipuan, tidak perlu lagi kita dedahkan. Manakala pemalsuan pula merujuk kepada tandatangan bekas Setiausaha Agung untuk menghalang pihak tertentu daripada terus bertanding.
Sehingga kini, mereka masih gagal menjelaskan kepada rakyat mengenai perkara tersebut dan hanya mendiamkan diri.
Ini bukti jelas bahawa ketiga - tiga sindrom itu berlaku dalam masa yang sama. Tidakkah rakyat dapat melihat akan perkara ini? Kenapa mereka masih memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut terhadap kebenaran? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.