...Rakyat Tetap Dibawah, Pemimpin Mereka Diatas...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Jika kita lihat laporan mengenai Demo Bantahan Kenaikan Tarif Air yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri Selangor semalam, jelas timbul satu perkara yang penting.
Laporan yang nyatakan dalam laman web dari pelbagai sudut tidak dapat menjelaskan jumlah sebenar kehadiran penyokong Baju Merah.
Rujukan mengenai perkara tersebut boleh kita lihat dihalaman blog The Unspinner.
Yang jelasnya, sokongan rakyat kepada demo jalanan ini ternyata sudah semakin menurun. Kerana jumlah penyertaan semalam hanya sekitar 2000 orang sahaja mengikut laporan awal Malaysiakini.
Namun pada lewat petang semalam, didapati angka tersebut diubah kepada beberapa ribu sahaja. Walaubagaimanapun indikasi tersebut masih jelas kurang berbanding demo yang mereka buat sebelum ini.
Perkara ini turut diakui oleh sesetengah pemimpin pembangkang sendiri dimana mereka menyatakan rakyat kini sudah penat berpolitik.
Mana tidaknya, semua benda hendak dipolitikkan. Kerjanya tak buat, janjinya tak tertunai juga. Jadi, macam mana rakyat tak penat?
Adalah wajar pihak berkenaan terutamanya puak pembangkang ini menghentikan permainan politik mereka yang ternyata sia - sia ini.
Sudah - sudahlah mengajak rakyat menzalimi diri mereka sendiri. Sedangkan mereka senang lenang dengan kelebihan yang mereka miliki.
Sudah - sudahlah dengan propaganda dakyah pembohongan hanya semata - mata mahu mencari alasan untuk kekal berkuasa.
Tunaikan janji Negara/Negeri berkebajikan kamu dulu. Baru hendak pertikaikan perkara lain. Jangan asyik menyalahkan lantai sedangkan diri sendiri tak tahu menari. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
aku tak rasa rakyat akan papa kedana kalau tarif air naik...bak kata satu blog tu, bil astro naik, sanup bergolok gadai untuk bayo...nak nengok bola yob..
BalasPadam