Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Penghulu hari berkunjung lagi minggu ini. Syukur Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menemui hari yang penuh dengan kemuliaan ini.
Maka adalah wajar untuk kita berehat seketika dan merenung hadis pilihan pada hari ini.
Ada pepatah lama menyatakan bahawa Nafsu Asli manusia itu adalah untuk mengenyangkan perut mereka. Maka untuk memenuhi Nafsu itu, pelbagai cara akan dilakukan.
Dari satu perkara ia akan merebak ke satu perkara sehingga tuntutan nafsu itu yang didahului mereka tanpa memikirkan baik buruknya, halal haramnya.
Semoga kita sama - sama dapat menilai diri kita agar dapat menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. Insya Allah, Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Sifat Manusia |
|
Huraian : |
i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain. ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri. iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur). iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat |
Ada pepatah lama menyatakan bahawa Nafsu Asli manusia itu adalah untuk mengenyangkan perut mereka. Maka untuk memenuhi Nafsu itu, pelbagai cara akan dilakukan.
Dari satu perkara ia akan merebak ke satu perkara sehingga tuntutan nafsu itu yang didahului mereka tanpa memikirkan baik buruknya, halal haramnya.
Semoga kita sama - sama dapat menilai diri kita agar dapat menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. Insya Allah, Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.