Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kadang - kadang, kalau difikirkan mengenai pendapat manusia ini memang jelas berbeza - beza diantara satu dengan yang lain.
Tetapi jika ianya berkaitan dengan agama, perbezaan pendapat seperti ini wajar diambil berat.
Seperti isu terkini mengenai penolakkan peguam Syarie yang terdiri dari bukan Islam. Semalam jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharum menjelaskan keputusan itu tepat.
Beliau menyatakan, untuk menjadi seorang peguam syarie selain ijazah dan kelayakan dalam bidang perundangan, seseorang itu perlu memiliki pengetahuan serta pemahaman mendalam mengenai agama Islam supaya dapat mengendalikan kes itu dengan tepat.
Walaubagaimana pun, bukan Islam wajar dibolehkan menjadi peguam syarie dalam usaha Kerajaan memperlihatkan keterbukaan seperti kata mufti Perlis hari ini.
Malah menurut Mufti Perlis itu, Dr. Juanda Jaya tidak ada nas yang sarih atau jelas lagi sahih melarang bukan Muslim menjadi Peguam Syarie bagi mengendalikan urusan orang Islam dan bukan Islam di mahkamah yang menggunakan undang - undang Islam.
Kedua - dua pendapat itu boleh diterima. Tetapi persoalannya, sudah tandus sangatkah orang Islam dalam Malaysia ini untuk jadi Peguam Syarie?
Adakah orang Islam di Malaysia hari ini tidak ramai yang mempunyai Ijazah dan kelayakan sebagai Peguam Syarie sampai hendak diterima bukan Islam pula?
Dimana rasionalnya bagi bukan Islam menjadi Peguam Syarie? Adakah apa - apa perkara yang berkaitan dengan bukan Islam masuk ke Mahkamah Syariah?
Tidakkah pernah mereka terfikir bahawa pihak Universiti seperti Universiti Islam Antarabangsa membenarkan bukan Islam mengikuti pengajian Syariah agar dapat merapatkan pengetahuan tentang Islam seterusnya menjinak - jinakkan mereka kepada agama tersebut?
Apa salahnya jika mereka yang bukan Islam itu dan memahami tentang perundangan memeluk agama Islam? Bukankah itu lebih baik? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Bukan islam nak teroka pasaran baru.
BalasPadamSenang cerita.. cari makan beb!!