Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut hairan juga bila membaca protal Pro Pembangkang ni. Kalau benda baik, cepat betul tenggelamnya. Kalau bab buat spekulasi dan sebagainya, jadi tajuk utama selama berhari - hari.
Laporan hari ini menyatakan bahawa bantuan wang ehsan bagi mangsa banjir di Kedah sudah mula diagihkan.
Sumbangan wang ehsan sebanyak RM500.00 itu diberikan keapda setiap keluarga yang terbabit bermula dengan mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Banjir Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata proses agihan wang berjumlah RM17.5 juta kepada hampir 35,000 keluarga dijangka selesai awal bulan depan.
Kawasan yang terbabit melibatkan Parlimen Alor Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Kuala Kedah.
Dalam isu yang lain, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyediakan peruntukan sebanyak RM89 juta bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur dan pengurusan tanah untuk tahun 2011.
MADA juga akan meninjau dan menambah baik kemudahan infrastruktur untuk meningkatkan kepadatan hasil pertanian dikawasan - kawasan yang berpotensi.
Semut mewakili rakyat Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana terus membela nasib rakyat.
Walaupun perkara - perkara tersebut tidak dijanjikan sebelum ini, tetapi jelas rakyat dijadikan keutamaan dalam pentadbiran.
Tindakan tersebut juga jelas menutup spekulasi yang mengatakan Kerajaan Pusat tidak membantu Kerajaan yang berada dibawah pentadbiran Pembangkang seperti yang sering dimomokkan oleh mereka. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.