...Jelingan Manja...Hehehe....
Wah, ini dah dikira kes berat ni. Dulu Khalid Ibrahim dipecat dari jadi Pengerusi PKR Negeri. Kali ni, Anwar mengamuk lagi dengan Menteri Besar Selangor ni.
Anwar marah, tapi bukan sebab Khalid Gagap suka - suka tambah perkataan Menteri Besar dalam usul sidang Khas DUN semalam yang menjadi sebab utama kenapa usul itu ditolak.
Anwar marah sebab Khalid Gagap guna label 'Penderhaka' kepada ADUN BN. Jelas beliau itu bukan persoalannya. Persoalan utama ialah mengenai Perlembagaan.
Beliau mendakwa, pemimpin UMNO memperkecilkan kebolehan Raja - Raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri.
Eh, si Ketua Penipu ni nak menipu siapa sebenarnya? Bukan ke dalam isu lantikan SUK Selangor baru - baru ini, masih memerlukan perkenan Sultan? Yang mampu dibuat pun hanya mencadangkan nama sahaja.
Kalau nama yang dicadangkan oleh Khalid Gagap ditolak dan tidak diperkenan oleh DYMM Sultan, pun tak jadi juga orang yang dipilih oleh Menteri Besar tu.
Maka kuasa lantikan itu masih lagi ditangan Sultan. Itu pun diorang tak paham ke? Sah la banyak kerja cikgu Mala lepas ni. Kena ajar pemimpin Pakatan Pembangkang ni supaya diorang paham.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.