...This Is The Only Dream That He Will Ever Have...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Si Ketua Penipu itu baru nak menarik nafas lega setelah dihentam hebat kerana jadi bacul takut hendak menyahut cabaran berdebat dari Khairy Jamaluddin.
Beliau baru selesai mendapat kata - kata peransang dari pengampu - pengampu kuat beliau selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang semalam.
Malah dengan berbekalkan semangat yang ditiupkan oleh kaki kipas tegar beliau, Anwar kelihatan masih tetap bebal hendak mencabar Datuk Seri Najib berdebat soal ekonomi.
Kata beliau, cabaran itu wajar disahut memandangkan Datuk Seri Najib merupakan Menteri Kewangan semasa.
Namun, si Ketua Penipu yang baru keluar dari dalam selimut terpaksa masuk semula dalam kain Kak Wan akibat tindakan saman yang dikenakan oleh Ummi Hafilda terhadap beliau.
Ummi yang juga merupakan seorang saksi utama dalam kes perbicaraan Anwar 10 tahun yang lalu muncul kembali dengan hasrat mendedahkan kebenaran kepada masyarakat umum.
Ummi Hafilda Ali, adik kepada Azmin Ali, Anak Emas Kesayangan Anwar akan memulakan saman terhadap Ketua penipu itu berhubung dakwaan salahguna kuasa pada tahun 1997.
Kelainan dalam kes saman ini ialah kemungkinan Karpal Singki Pecah tidak boleh mewakili Anwar kerana beliau juga turut dinamakan dalam saman Ummi.
Selain itu, Azmin Ali, Kak Wan dan parti PAS juga akan berhadapan dengan tindakan saman daripada penulis blog Srikandi 7 ini.
Makan tak sudahlah nampak gayanya si Ketua Penipu itu nanti. Kalau beliau kalah dalam kes Liwat, terpaksa pula berhadapan dengan hukuman yang akan diterima berikutan saman ini.
Ada peluang sampai tujuh keturunan si Ketua Penipu ni terpaksa menanggung kesilapan beliau yang lalu. Itulah akibatnya tidak percaya pada Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.