Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi peluang menghirup udara pada hari Jumaat minggu ini.
Maka adalah menjadi kebiasaan Semut berkongsi sedikit info mengenai Agama pada setiap hari Jumaat sebagai renungan kita bersama.
Berikut dipaparkan artikel yang disiarkan dari JAKIM mengenai kebesaran kuasa Allah S.W.T yang wajar direnungkan.
Kembara Ke Dunia Semut
Oleh: Nurul Amira Abd Talib
Majalah Pendidik keluaran November/ Disember 209
Tahukah adik-adik tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut yang merupakan binatang paling kecil di dunia? Tentu adik-adik tertanya-tanya siapa itu semut sebenarnya. Untuk pengetahuan adik-adik, semut merupakan haiwan serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba adik-adik perhatikan. Apabila semut berjalan, semut akan berjalan secara berkelompok. Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak membezakan antara yang kaya dan miskin. Sebagai contoh mari kita lihat kehidupan semut Formica Yesensis, yang hidup di pantai Ishikari, Afrika. Masyarakat semut ini tinggal di 45,000 sarang yang saling berhubung di wilayah seluas 2.7 kilometer persegi. Masyarakat yang memiliki sekitar 1 080 000 ratu dan 306 000 000 pekerja ini dinamakan sebagai “masyarakat super’’ oleh para pengkaji. Para pengkaji mendapati bahawa semua alat produksi dan makanan ditukar dalam masyarakat semut secara teratur tanpa sebarang masalah dalam tempat yang sedemikian luas.
Subhanallah, Allahuakbar. Maha Besar Allah, Pencipta Langit dan Bumi serta setiap sesuatu diantara keduanya. Sambungan kepada artikel tersebut boleh dibaca disini.
Moga - moga ia memberi manfaat kepada Semut dan juga sahabat - sahabat lain dalam menguatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Insya Allah, Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.