Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau sebelum ini, PAS menyatakan mereka tidak mahu PKR turun datang membantu berkempen ketika Pilihanraya Kecil DUN Tenang nanti.
Kali ini DAP pula menyatakan rasa tidak yakin mereka terhadap calon PAS dan menyatakan agak sukar untuk menang di kawasan tersebut.
Belum bertanding lagi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang Ikan berkata tidak mudah bagi Pakatan Pembangkang untuk memenangi PRK Tenang 30 Januari nanti.
Ia berikutan kawasan tersebut terletak didalam Negeri Johor yang juga merupakan kubu kuat UMNO/BN selama ini.
Kalau dah tak yakin boleh menang, nak bertanding juga buat apa? Buat menghabiskan wang derma rakyat yang dah dikutip untuk membayar penceramah yang terdiri dari kalangan pemimpin mereka?
Nampak sangat DAP nak bagi alasan untuk tidak turut serta berkempen dalam PRK tersebut. Sekurang - kurangnya, ada dah alasan yang mereka akan berikan kalau kalah nanti. Wallahulam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.