Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kemelut isu lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor masih belum reda hingga hari ini nampak gayanya.
Isu itu tidak akan selesai selagi sidang DUN tidak diadakan seperti yang telah dijadualkan oleh Menteri Besar pada akhir bulan ini.
Yang DiPertua PAS Shah Alam yang juga Ahli Parlimen Shah Alam kelihatan masih tidak berpuas hati dengan pendirian yang telah ditetapkan mereka.
Dalam blog beliau menjelaskan serba sedikit Perlembagaan sedia ada buat tatapan umum untuk dijadikan renungan.
Hakikatnya, tindakan Khalid Gereja itu hanya untuk mendapatkan sokongan ADUN Barisan Nasional bagi menyokong usul dalam sidang DUN nanti.
Nampak sangat mereka terdesak sampai tahap sebegini untuk menegakkan benang yang basah. Yang jelas, mereka yang mencetuskan kontroversi. Jadi wajar mereka sendiri yang menyelesaikannya.
Ingatkan buat Solat Hajat dan bacaan doa Qunut Nazillah habis dah cerita pasal Isu Lantikan SUK ini. Rupanya, masih ada lagi rasa tidak puas dalam hati mereka. Macam mana hajat nak dimakbulkan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.