Rabu, Januari 12, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sah terbukti, Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor dalam keadaan terdesak untuk meminda Perlembagaan Negeri yang sedia ada.

Walaupun sebelum ini, Menteri Besar Selangor yakin usul pindaan itu dapat dilaksanakan dan disokong oleh ADUN Barisan Nasional, nampak gayanya keyakinan itu semakin pudar.

Ia berikutan desakan YDP PAS merangkap Ahli Parlimen Shah Alam agar ADUN Barisan Nasional hadir ke sidang DUN yang bakal diadakan hujung bulan ini.

Khalid James samad mencabar ADUN Barisan Nasional kononnya bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada DYMM Sultan.

Beliau turut menegaskan bahawa sidang khas itu akan menjadi 'hujan asid' kepada ADUN BN dan tidak sedikit pun menjangka mereka akan muncul pada 24 Januari nanti.

Kononnya beliau mendakwa ADUN BN 'pengecut' dan hanya tahu menyerang Kerajaan Negeri dengan menggunakan taktik kotor.

Adakah macam ini caranya kalau kita hendak meminta bantuan orang lain? Dengan cara memaki hamun dan sumpah seranah?

Nampak sangat lemahnya kepimpinan Kerajaan Negeri. Mereka patut malu dengan tindakan pemimpin seperti Khalid Gereja ini.

Sudah jelas, agenda dalam usul itu ada unsur - unsur udang disebalik batu dan mereka mempergunakan DYMM Sultan sebagai alasan. Tidakkah itu boleh dikatakan sebagai derhaka?

Semut yakin, ADUN Barisan Nasional akan tetap hadir dalam Sidang DUN tersebut. Tapi itu tidak bermakna mereka bersetuju dengan usul yang dibawa. Wallahualam.

FIkir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping