Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nik Aziz jelas menjadi bahan bualan sejak akhir - akhir ini sejak spekulasi mengenai pertemuan beliau dengan PM dan TPM Disember yang lalu.
Terbaru Nik Aziz dalam Twitternya (sama ada beliau atau orang lain yang buat) mendakwa bahawa Politik Pembangunan ialah Politik Jahiliyah.
Adakah Nik Aziz menolak pembangunan? Bukankah dalam seruan azan setiap 5 kali sehari, seluruh umat Islam diajak menuju kejayaan? Tidakkah kejayaan itu termasuk dalam pembangunan juga?
Nik Aziz selalu mengimbau sejarah zaman Rasulullah. Jika Pembangunan yang dimaksudkan oleh Nik Aziz berkaitan material seperti bangunan, jelas beliau lupa Sirah.
Adakah beliau lupa bahawa perkara pertama yang dibuat oleh Baginda Rasulullah S.A.W diMadinah ialah dengan membina Masjid?
Tidakkah Pembangunan juga termasuk pembangunan sahsiah insaniah yang juga menjadi tuntutan dalam Islam?
Maka, persoalannya, adakah Mursyidul Am itu benar - benar menolak Pembangunan Material, Ekonomi dan Sosial sedangkan setiap inci perkara tersebut dituntut dalam Islam?
Tidak hairanlah kenapa Kelantan masih mundur sejak PAS memerintah 20 tahun yang lalu. Semua sebab Menteri Besarnya menolak Pembangunan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
hantu raya ni mcm mcm cerita la..satu je cerita dia ni elok.satu dia tgh nazak minta org ampun kan dosa dia pastu jalan
BalasPadam