Sabtu, Januari 01, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Baru sangat lagi rasanya Semut berpesan agar tidak hanya berpolitik sepanjang masa tetapi menumpukan perhatian ke arah membina Negara demi masa depan.

Dah ada pihak yang cuba mengubah keadaan semasa demi memenuhi cita - cita masing - masing yang jelas tidak membawa sebarang manfaat.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa hari ini dilihat masih tidak serik mempertikaikan perlembagaan partinya sendiri iaitu PAS.

Beliau dilihat masih lagi mempertahankan buku tulisannya, PAS Baru yang sebelum ini ditolak oleh Dewan Ulama PAS dan terus mengkritik dasar perjuangan parti tersebut.

Bagi beliau, sebagai sebuah parti Islam, PAS boleh dikritik selagi fakta atau pandangan yang dilontarkan berdasarkan kepada hujah yang membina.


Buat menghabiskan masa sahaja nampak gayanya si Mujahid ini. PAS jelas merupakan sebuah parti yang tidak boleh ditegur. Malah pandangan yang diberikan akan tetap dipandang sepi.

Lihat sahaja isu Teo Nie Ching baru - baru ini. Jelas mereka cuba memesongkan isu sebenar dengan mengatakan bahawa soal pakaian Ahli Parlimen serdang itu soal kedua.

Pada hal, permulaan dakwah ke arah Islam itu bermula dengan diri sendiri. Maka pakaian itu juga memberi gambaran kepada pemahaman seseorang individu itu.

Tetapi apa nak dihairankan sangat dengan cadangan si Mujahid Rawa itu. Jelas PAS sekarang pun sudah berubah dari sebuah parti Islam kepada parti yang akur dengan perintah DAP.

Jadi tak payah susah - susah buat buku sebab PAS memang dah berubah, sampai sanggup mati demi seorang kafir harbi. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. menikam dari dalam lebih baik dari serangan luaran bertalu2 sebab tikaman dalaman dari Mujahid akan memperlihat kepincangan sebenar parti PAS dan membuatkan pengikutnya berfikir dengan waras apabila pemimpin dalaman sendiri mendedahkan kepada UMUM!!!

    Selamat berjuang Mujahid!! Bebaskan PAS dari belengu DAP dan Pluralism Anwar serta sikap pak turut Nik Aziz!!

    demi kepetingan Melayu dan Islam...

    BalasPadam
  2. HIDUP mujahid...hidup pas baru> Ubah negara Islam kepada REPUBLIK MALAYSIA ISLAM. 2011 TAHUN BERUBAH...REPUBLIK OF MALAYSIA..TAKBIR..TAKBIRR

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping