Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Memang dasar DAP, berani buat tapi tak berani tanggung risiko dan bertanggungjawab ke atas apa yang dibuat oleh mereka.
Sehingga hari ini, bukan setakat Semut sahaja, malah seluruh rakyat Malaysia masih menunggu permohonan maaf secara terbuka oleh Teresa Kok terhadap Perdana Menteri.
Isu terbaru dan terhangat tentunya mengenai ADUN Komtar, NG Wei Aik yang didakwa mengeluar kata - kata rasis.
Perbuatan ala gengster Wei Aik telah dipaparkan semalam oleh blogger Pisau.net dalam satu rakaman video. Klik Sini.
Wei Aik hari ini mendesak agar peniaga dan Persatuan Kimma membuat permohonan maaf kepada beliau kerana memfitnah katanya.
Takkan setakat letak jawatan sebagai Setiausaha Politik sahaja yang beliau mampu pertaruhkan? Kenapa tidak melepaskan jawatan sebagai ADUN sekali? Takut hilang kuasa ke?
Laporan semalam turut mendedahkan Timbalan Ketua AMK Jelutong turut mendakwa mendengar ungkapan "Tutup Kedai, Balik India" diluahkan oleh Wei Aik.
Jadi, Khairul Anuar Kamaruddin perlu bertanggungjawab membuat laporan Polis terhadap Wei Aik sebagai saksi kejadian.
Itu pun kalau beliau tidak mahu sembunyikan kebenaran seperti yang dilakukan oleh ADUN Komtar itu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Apa yang DAP buat di Pulau Pinang sama dan serupa sahaja dengan abangnya di negara Selatan.Sudah tiba masanya rakyat Pulau Pinang khususnya Melayu dan India menolak KETUANAN DAP di Pulau Pinang dan Selangor
BalasPadamjika masih ada yang sengaja "membutakan mata" tentang isu ini ianya seumpama membiarkan diri teraniaya..jika DAP memerintah negara tidak mustahil kaum-kaum di MAlaysia terutamanya MELAYU akan menjadi seperti rakyat PALESTIN yang dianiaya oleh ISRAEL di tanah air sendiri..fikir-fikirkanlah..
BalasPadam